Alami kuasa dan perlindungan maksimum yang direka khas untuk jalan raya Malaysia. DTOX Rider Series diformulasikan untuk menangani cuaca panas tropika, memberikan pecutan lebih lancar dan memastikan enjin sentiasa bersih. Kualiti Bertaraf Dunia. Kebanggaan Malaysia.
Formulasi khas yang memahami keperluan pemanduan dan iklim di Malaysia.
Diiktiraf oleh SIRIM, membuktikan setiap titisan memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti kebangsaan.
Mempunyai Sijil API, memastikan perlindungan enjin dan penjimatan bahan api setaraf piawaian global.
Mengekalkan kelikatan optimum walaupun dalam kesesakan trafik yang panas, melindungi komponen dalaman enjin daripada haus (wear and tear).